WAHIDAH MAHU KERJA
Dah masuk 5 hari aku mula bercuti semester lepas aku balik isnin masa tu.
Dan sampai sekarang juga lah perasaan dilema nak kerja ke tak dan rasa menyesal menghantui aku.
Sebabnya bertindak tanpa fikir panjang berjela (kesian :( ...) .
Sebenarnya masa penghujung final exam aku dah decide nak stay hostel jap sebab nak pergi temuduga kerja kat Hotel Zenith dengan member.
Tapi aku macam tak yakin tempat aku nak kerja tu ada sediakan hostel ke tak.
Penting semua tu sebab kalau tak ada hostel atau tempat tinggal pun tak guna aku bekerja.
Tapi aku ni punyalah tak fikir panjang dan takut dengan apa nak jadi nanti.
Terus nak balik rumah. Aku balik rumah ada sebab juga sebenarnya.
Boleh meniaga selendang-selendang yang aku beli borong kat Kuantan.
Yang meniaga tu memang rancangan aku dah lama dah sebab kat Shah Alam tak ada jual selendang corak macam aku nak jual ni.
Harga pun jauh berbeza sangat murah berbanding kat Shah Alam. Aku minat dengan meniaga sangat².
Aku ingat lagi kawan aku sms aku cakap dia dah hantar borang kerja kat hotel tu dan hotel tu ada sediakan hostel.
Masa ni aku dah rasa menyesal tak tunggu dulu kat hostel. Adoi!
Tapi tak mengapalah, aku salu terapkan dalam diri 'setiap yang terjadi ada hikmahnya' .
Walaupun kadang² rasa nak mengamuk jugalah. Macam² cara dan strategi aku reka dalam kepala ni macam mana nak pergi kuantan balik.
Nak pergi tu tak ada masalah, tang nak tidur tu aku memerah sikit otak nak fikir
Al-maklum lah aku bukan ada saudara mara kat kuantan, nak masuk hostel kolej boleh je tapi kena diam² la dan kena pandai cover line.
Lagi² kawan² aku ramai je ambil short sem, boleh je tidur bilik Una dan Hajar (korg popular jap, kiki).
Tapi aku tak yakin, takut terkantoi pula dengan warden 'bagus' tu.
Kalau dulu hostel ktorg mana ada ketat camtu, suka hati keluar masuk sekarang sudah lain ooo.
Patutnya pagi tadi aku pergi kuantan tapi tak jadi sebab tak ada siapa nak hantar, aku risau sangat² kalau tak dapat kerja part time cuti ni.
Lagi aku bertambah risau cuti kali ni kejap je, tak dapat kepastiannya lagi kenapa pihak kolej buat macam tu.
Yuran pendaftaran 1000 lebih nak kena cari, duit MARA belum tentu cukup.
Bukan setakat nak kumpul duit pendaftaran tapi aku nak menyimpan juga duit untuk future aku.
Pastu aku tak nak serahkan bulat² tanggungjawab bayar yuran tu kat abah aku.
Aku tak nak abah bayarkan, abah banyak lagi tanggungjawab.
Ni aku sihat dan gagah lagi, boleh je aku kerja cari duit sendiri.
Lagipun tak salah kita cari dan alami sendiri pengalaman bekerja, banyak kelebihannya.
Aku sempat rasa 6 bulan bekerja before sambung belajar lepas SPM 2009 masa tu.
Aku kira ok lagi wanita, kalau lelaki tanggungjawab nak pikul lagi menimbun, contoh terdekat abah.
Duit gaji abah nak kena bahagikan bukan untuk dimakan sendiri, itulah pengorbanan seorang ayah.
Para lelaki di luar sana, hopefully korg semua kuat ok dalam menjalani tanggungjawab korg sume nanti.
Alhamdulillah aku hampir jumpa jalan (hihi..) pagi tadi kawan baik aku Cik Dira call, bla bla.
Tup² dia kata boleh teman aku pergi Kuantan sebab dia pun nak pergi beli lattop kat sana.
Balik hari je aku rancang, petang balik Shah Alam semula bila hotel tu panggil untuk kerja baru aku angkut diri dan barang² aku pergi sana.
So, masalah pun sudah beres, syukur2. Macam ini lah kehidupan kita ujian akan datang tanpa henti sama ada berat atau kurang berat.
Mudah-mudahan kita kuat hadapinya. Aamiin.. Dan aku harap aku dan kawan² aku yang nak sangat kerja dapat kerja, aamiin.
Kebiasaannya kalau cuti semester untuk tengah tahun ni kami cuti selama 2 bulan.
Tapi kali ni lain dari biasa kami diberi cuti selama 3 minggu sahaja.
Bagi kami yang bukan berstatus mewah ni memang menjadi masalah cuti sekejap sahaja
Korang faham² jela ye 3 minggu kalau bekerja dapat berapa je.
Semester 3 memang penuh dengan kejutan dan dugaan. Moga semester 4 lebih baik dari semester sebelum ni.
To all my friend, Ejan, Bai, Ju, Aina, Sha, geng² SMTKS, Echa dan kawan² kat UNIKOP aku rindu sangat kat korg semua.
Harap sangat dapat peluang jumpa korg lagi one day nanti, InsyaALLAH. Salam rindu dari aku di sini, teruskan perjuangan sahabat aku semua.
وحيده
Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111
https://www.youtube.com/user/satu0111
Comments
Post a Comment
Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹