Tipu Daya Syaitan





Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.

Anas bin Malik r.a berkata adalah nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas mengucapkan Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina

Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.

Dari Jabir r.a katanya:Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ˜kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan.
Credit : Empunya Artikel

Comments

P O P U L A R

Ramadan 1447H Tanpa Kamu πŸ«‚

For Sale Beautiful Luxury Modern Bungalow Heliconia Ville Bukit Mertajam Penang ✨

Shah Alam New Serviced Apartment Near Setia City Mall & KPJ Hospital πŸ₯

For Sale πŸ”₯ Hot Unit Level 22 & Fully Furnished One Foresta Condominium Bayan Lepas Penang

Teringat 😭

Suami Faham Agama

Shoplot For Sale πŸ”₯πŸ‘πŸ»πŸ’¨ Hot Location & Big Unit Taman Mengkuang Jaya Kubang Semang Penang

All About P

Hot Land Mukim Sg Tiram Johor Only RM190k‼️MV RM270k πŸ”₯

For Sale Beautiful Garden Home Concept Eco Horizon Camdon Batu Kawan Penang 🌳🌿🌲