"USTAZ BOLEH TAK KALAU DI SYURGA NANTI SAYA TAK NAK SUAMI SAYA ADA BIDADARI?" 👀

BISMILLAH

"Ustaz boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Jawapan ustaz :

"Di syurga nanti, selagi  puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin  la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum  kelat. 

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari.  Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang  penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang  yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. 

Maka  apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari  yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita  dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari  melihat isterinya. 

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung?  Kan lagi bagus kalau tiada saingan? 

Tidak juga. 

Andai tiada bidadari,  maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong.  Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada  siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang? 

Wahai wanita  penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak  berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga  Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. Satu  perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah  tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka  pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa,  taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini  Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak  takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai  nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang  apabila diterjemahkan bermaksud: "sentiasa merindui (suami mereka yang berada  di dunia) dan muda belia usia mereka". 

Di dalam bahasa Arab, kalimah  `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.. Dalam istilah yang agak kurang  sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf  sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir  semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki  normal macam tu). 

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada  masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for  guys only. 
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari  melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja  bukan?Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'. 

Betul? 

Tapi adakah anda  pasti? Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni   syurga; Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak,  dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh,   sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada  seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama  qaal 
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami,  maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas. "Tak  kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan   seorang wanita. 

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana  terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli  syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih,  lapar, atau dahaga..". (au kama qaal) 
Jenuh la kali ni tak turun-turun  dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa  dekad?Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di  luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka  kata. 
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami   aku!" 
Mungkin ada wanita yang berfikir begini. 

Izinkan saya bertanya lagi;  "Tak nak pergi shopping ke?" ; ) "Eh, shopping? Shopping apa? Kat  mana?" 
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat  Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi  nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat   kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta,  Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. Dan di 'pasar' syurga inilah Allah  sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori)  yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,niatkan "Aku mahu yang  ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh  juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai  sesuatu yang menarik perhatiannya. 

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta  saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu  dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya  nikmat yang diperolehi mereka. Ibarat anda dah dapat semua file/software  yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di  internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan  superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang  macam tu la ibaratnya. Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan  barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak  akan merasa jemu. Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini  adalah PERCUMA! 
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya  yang asyik pecat orang ("you're fired!". Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak  macam minah saleh tu.. 

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan  hati anda boleh didapati.. 
Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di  Department Pakaian Wanita. 
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?" 

...cheh. Ada  sorang minah yang ni boleh terfikir nak tanya camni.

KREDIT • Penulis 

Comments

  1. menarik....penulisan yang santai..tersenyum sorang2 bila saya baca...saya harap dapat jadi ketua bidadari nanti..wink2..(^^)

    ReplyDelete
  2. Hihi. Kan3.
    Aaminn InsyaAllah saudari :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN

Nyahkan Jerawat Dengan Topeng Oat