DUHAI IBU ALLAH MENDENGAR SUARAMU
﷽
Duhai ibu,
Allah mendengar suaramu,
Ketika hampir semua urusan anak dan kerja di rumah,
Dikau tunaikan sesempurnanya,
Sedang suamimu tiada buat menemani perasaanmu,
Tabahlah,
Kerana Allah telah memberi peluang padamu,
Memilih pintu syurga mana yg dikau hajati.
Ibu,
Jika kau merasa lelah dan tidak berdaya,
Dan segala tenaga seperti sia-sia,
Sedarlah, Allah tahu betapa keras engkau telah berusaha,
Dan Dia sebenarnya mahu mengampunimu.
Tika kau menagis sekian lama,
Dan hatimu masih terasa pedih,
Ketahuilah,
Allah SWT sudah menghitung setiap titis air matamu,
Bagi memadam api neraka yg membakar.
Jika hidupmu sedang menanti sesuatu yg bahagia
Namun waktu diirasa berlalu begitu sahaja,
Sedarlah,
Tuhaningin memberi pahala sabar,
Di sekolah kehidupan ini.
Ketika kau berasa sendirian,
Dan anak-anakmu terlalu sibuk,
untuk menghubungi atau menziarahimu,
Berbicara lah dgn Allah,
Kerana Dia selalu berada di sampingmu,
Dan tdk pernah bosan mendengar suaramu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya,
Dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,
Bertanya dgn Solat,
Kerana Allah sentiasa ada jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal,
Dan dikau berasa tertekan,
Luahkannya pada Allah dalam doa,
Hanya Dia dpt menenangkanmu.
Ibu...
Setelah masa lama berlalu,
tiba-tiba dikau dapat melihat jejak-jejak harapan,
Ketahuilah,
Allah SWT telah memberimu petunjuk.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar,
Dan dikau berasa kelegaan,
Tandanya Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yg indah terjadi,
Dan hatimu dipenuhi ketakjuban,
Bermakna Allah SWT sdg merahmatimu.
Ketika dan leppas tanggungjawab mendidik anakmu,
Sedang Panjang umurmu & sihat anggotamu,
Ingatlah,
Allah memberimu masa untuk memperbaiki,
Masa lalu bagi menjernihkan Jalan pulang.
Ketika engkau menapak lemah di usia emas,
Namun dirimu masih gagah mengabdi pada Illahi,
Dan berbudi pd anakmu tanpa jemu,
Fahamilah,
Allah SWT telah mengindahkan akhir hidupmu,
Dan dikau sedang berada di jalan Mardathillah.
Wahai ibu tercinta,
Ingatlah,
Di mana atau ke manapun para ibu menghadap,
ALLAH TAHU... DAN SENTIASA TAHU,
Jadi bagi sesiappa yang mempunyai IBU,
Baliklah! Baliklah!
IBU KANDUNG hanya ada SATU sahaja di dunia ini..
Oleh: Sabri Abd Rani
Perunding Motivasi Fokus Budi
Dipetik dr Majalah Anis Sepember 2010 halaman 60 & 61.
Comments
Post a Comment
Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹