Posts

Showing posts from 2021

PADANG KOTA LAMA GEORGETOWN PULAU PINANG 2017

Image
Sesiapa yang melawat Penang, jangan lupa singgah Padang Kota tau. Selain adanya bangunan bersejarah, Padang Kota juga terkenal dengan lokasi port makanan yang sedap.  Antaranya pasembor. Minta maaf ni ja yang aku ingat ekekekeke. Pernah pergi sekali ja astaka (medan selera) tu, long time ago u 2015. Zaman awal kahwin dolu. Mak ai dah lama ek aku kahwin. Tempat bersejarah yang Fort Cornwallis tu pun tak berkesempatan jejak lagi. Tapi memang kebanyakan pelancong akan pergi sinun. Sangat menarik dan unik.  Hat yang Fort Cornwallis ni memang kena singgah siang hari, malam katup. Tak nampak ui kalau malam hee. Kalau korang nak santai ambil angin laut, boleh la datang malam hari. Lepastu lepak tepi tembok, memang ramai la umat manusia dok situ. Biasanya malam hari terutamanya hujung minggu. Situ malamnya ada food truck jual makanan ringan, paling aku suka kacang kuda, cuma agak manishh. Kita tekak jawa, suka masin heee Kami selalu parking tepi padang. Kat padang kalau sekarang dah a...

AKHIRNYA BERTEMU DUNIA HARTANAH

Image
Alhamdulillah baru-baru ni buat keputusan masuk dalam bidang hartanah. Teringat tahun 2013 dulu pernah temuduga, dapat kerja tapi tak teruskan hanya sebab takut memandu kereta waja bapaku. Mana taknya dua kali gesel dengan kereta orang masa kat kuaters wakakaka.  Sepanjang tempoh dah berkahwin ni tak terfikir pun nak join hartanah sebab sibuk tolong Muhamad Hafiz di kedai. Fokus majukan kehidupan suami tercinta, alhamdulillah apa yang diimpikan dah tercapai. Sampailah jadi covid ni serta merta aku berhenti tolong suami. Terus berbisnes online, mencari dan mencari bisnes apa yang membantu. Sesekali perhati juga sahabat-sahabat yang masuk dalam bidang hartanah ni. Ada yang dah bertahun, ada yang baru ja join. Memang ada keinginan. Sampai satu tahap rasa macam tertampar, sebab sales meniaga online ni memanjang takde perubahan. Plus aku fikir macam mana caranya aku nak kerap jumpa Mak Abah bila depa dah berpindah kat Batu Pahat nanti. How? Dari sini la aku tekad join hartanah ekekeke S...

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

Image
Kebiasaannya sukan tarik tali memang sinonim dengan individu yang berbadan besar. Sukan ini biasanya kita nampak berlangsung ketika upacara sukan tahunan di sekolah. Sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia melibatkan dua kumpulan yang mempunyai beberapa ahli bagi setiap kumpulan. Mengimbau pengalaman sebagai salah seorang pelajar yang aktif dalam sukan seperti tarik tali ni, dah semestinya membuat diri seorang wahidah tersenyum. Mula masuk sukan tarik tali ni bila cikgu nampak badan ni jenis sado, bambam gitu dari zaman sekolah rendah. Macam mana nak elak?  Nampak sangat masa zaman aku sekolah dulu tak ramai budak comel-comel 😆 Ikutkan aku bukanlah terlalu bambam.  Tapi mungkin saiz badan macam aku dah cukup kriteria untuk masuk sukan tarik tali yang mencabar ni.  Bila dah masuk sertai sukan ni rasa satu macam keseronokan. Feeling macam ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara heee Maka setiap tahun aku akan offer diri aku sendiri. Dengan pen...

CARA SAVE POST DALAM FACEBOOK SUPAYA MUDAH DICARI SEMULA

Image
Sebagai pengguna harian laman sosial terkenal iaitu Facebook , mesti korang tak terlepas berkongsi post ² yang muncul kat news feed Facebook korang. Kita share post ² tersebut biasanya sebab post tu bermanfaat buat diri kita dan bertujuan untuk berkongsi manfaat bersama dengan rakan² Facebook yang lain.  Tak kisahlah post pasal apa, resipi ke, info ke, tips ke, motivasi ke, lokasi menarik untuk next plan nak berjalan-jalan ke, atau post pasal barang jualan yang korang berminat nak beli ke. Antara contoh post yang lalu kat news feed kita, yang di share oleh rakan Facebook yang lain atau dari page Facebook yang kita like mahupun belum like Resipi Menarik Motivasi Diri Tempat Shopping Jimat Tempat Makan Terbaik Lokasi Bercuti Menarik Semua ni mesti korang akan share kat Facebook masing-masing. Bertujuan mungkin park dulu nanti tengok balik semula bila korang ada masa nanti. Betul tak?  Lepastu bila nak buka balik, mesti nak kena scroll kat timeline korang. Itu ka...