KECEWA SELEPAS BAHAGIA

Buat mereka yang pernah dan sedang kecewa 🌹

Mesti antara kita semua ni ada pengalaman pernah jatuh cinta, bertunang atau hampir nak kahwin dengan seseorang lalu berakhir dengan tanda noktah.

Macam² kenangan indah tercipta tapi semua terhenti. Ada yang ditinggalkan dengan persoalan, ada yang diberi khabar berita yang mengejutkan, dan ada juga dibuang seolah kita tiada perasaan.

Perancangan Allah SWT adalah diluar pengetahuan akal kita. Walau kita dah usaha menjadi seorang yang setia sekalipun jika dia bukan jodoh kita hubungan tu tetap akan terhenti.

Jalan yang Allah SWT bentangkan kadang buat kita ingat yes inilah yang terbaik untuk kita. Tapi akhirnya berakhir dengan kesakitan, ya rasanya macam batu yang menghempap.




Kita mula fikir, kenapa ya jadi semua ni sedangkan banyak yang dah jadi seolah² Allah SWT beri jawapan yang tepat pada kita.

Tiba² putus sekelip mata. Kalau tak kuat iman boleh down teruk, memberontak.

Tapi dalam kita tak sedar sebenarnya semua kesakitan yang kita lalui ni adalah latihan untuk kita kuat hadap ujian atau dugaan yang lagi hebat di masa hadapan yang sedang menanti.

Dunia adalah pentas ujian buat manusia. Setiap manusia tak terlepas dari diuji, hanya iman dan taqwa pada Allah SWT penyelamat atau kekuatan untuk kita berjaya peroleh syurga.

Sebaliknya jika kita terus hanyut dengan kekecewaan atau kesedihan, tercampaklah kita ke lembah yang hina yakni jauh dari Allah SWT. Jangan biar nafsu dan bisikan syaitan membelenggu hidup kita.




Sedarlah! Hanya kita yang mampu mengubah diri kita. Bergantung haraplah hanya pada Allah SWT. Walau apa pun jadi semoga kita sentiasa kuat hadapi liku² kehidupan. Aamiin.

Sempurnakanlah hubungan cinta kita pada Pencipta kita, Allah SWT. Jangan sesekali lebihkan cinta manusia, bila kecewa kesakitannya boleh membawa kemudaratan.

Bangkitlah dari kesedihan wahai orang yang sedang kecewa...

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS