FREE GIFT KITKAT CHUNKY 🎁

Isnin aritu lepas habis meniaga ja suami ajak jejalan g Pasaraya Longwan kat Sungai Tiram Bayan Lepas, katanya nak beli barang rumah. Kita pun ok ja. Ecehh padahal suka. 

Mulakan shopping kat tingkat atas, beli la barang rumah yang dah habis. Sikit ja. Sebab dok berdua ja dalam rumah. Huhuhu. Dapatlah aku beli double tape yang selama ni aku tunggu. 

Jenis suka sangat beli barang tulis, kalau boleh nak lengkap. Segala pen, marker, salotape, stepler, gunting, buku ke apa sume aku suka borong hahaha.

Laki aku peratikan je. Nampak semak tapi aku la 'DORAEMON' pada suami aku. Badan sama dah sama saiz wahahaha. 

Dah habis borong atas, turun bawah nak beli air n makanan ringan sikit sebab tak makan tengah hari lagi. Sekali amik anggg beratur punya panjang semua kaunter. Hahaha.

Masa tu kau ngan laki kau rasa nak letak ja bakul kat tangan tu kat tepi pastu cabut lariii. Syukur lah tahap keimanan mampu bertahan. Wakaka. Kami teruskan jela.

Amboii takkan la sebab beratur panjang nak give up, masa dah terbuang berangan kat tingkat atas tadi jadi teruskan jela meneroka. Hahaha. Ambil roti ngan vitagen segala. Beratur dengan penuh kesabaran. 

Sekali ada couple minta tumpang lalu, sebab nak keluar tak jadi beli barang. Maybe couple tu nak beli barang sikit ja. Jadi watpe la nak stay lama kan. Wakaka.

Sambil tu aku apa lagi update bisnes le hehehehe. Jangan buang masa wokeyy.  Sampai ja dekat ngan kaunter aku nampak sesuatu yang menarik.

Tadi laki aku offer nak coklat tak aku kata takmau hahaha. Aku kata nak susu hl laki aku tak layan. Jadi inilah masanya aku dapatkan apa aku suka wahaha. 

Free gift kitkat chunky dapat kereta hotwheels kauuu. Harga dh la murah. Kau bayangkan kat tanda harga satu kitkat chunky ni harga RM2.70 tak silap.

Tapi kalau beli paket dua kitkat chunky dan dapat free gift keta cute tu hanya RM4.90 tak silap kan murah nuu. Syokkk. Aku angkat dua paket terus. Suami kita pun ia kan jela, faham isteri dia suka benda² camni 😍






وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

LIRIK DAMBA KASIH

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN

Nyahkan Jerawat Dengan Topeng Oat