SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-211 ABAH 👮

Weekend ni kami tak meniaga sebab abang aku wasie abang iparnya kahwin. Jadi dapatlah bernafas dengan lega hari jumaat, sabtu dan ahad. Alhamdulillah. 

Tak dapat pergi kenduri kahwin sebab kereta problem. Jadi kami laki bini lepak rumah sahaja. Malam semalam keluar, suami ajak tengok wayang filem yang tengah meletop sekarang KL Special Force. Apa lagii on la huhuhu. 

Lepak g makan mcd dulu sementara nak tunggu wayang start 9.45 malam,  jadi jam masih kul 8.30 malam, memang sempat sangatlah lepak isi perut dulu.

Dari tengah hari tak makan. Memang kalau cuti kami suka buat gila makan lewat. Padan muka la salu gastrik. Masuk je wayang perghh cte ni gempak la. Dengan aksi tembak menembak, keta meletop memang real sangat!

Lakonan Rosyam Nor maintain terbaik. Lakonan semua pelakon sangat memuaskan. Penuh emosi iols tengok sampai menitis airmata part kait dengan mak dua perompak nuu. 

Tambahan pula cte ni pasal polis,  iols anak polis terkesan u. Tengok polis kena tembak, tengok seorang bapa yang sibuk, tengok seorang isteri yang stress ditinggal suami selalu.

Lagi bertambah emosi tengok scene anak dan bapa dalam hospital nuu. ALLAH! Terimbaulah kenangan masa zaman kanak² dulu, abah kami takdalah sesibuk watak Rosyam Nor sebagai Lan.

Tapi nak kata sebagai seorang anggota polis ni life kami anak beranak masa kami kecil lagi dulu memang jarang jumpa abah. 

Tapi syukur abah pandai curi masa spent time dengan anak bila dia cuti. Alhamdulillah sepanjang abah bertugas dalam department penguatkuasaan dan kemalangan maut semuanya ok sahaja. 

Takda kait la dengan musuh luar ke apa. Kait ngan bende halus ada la kot tettt almaklum hadap darah. 

Kesimpulannya sebagai seorang isteri atau anak kepada anggota polis yang berkait dengan department jenayah segala kenalah banyak tolak ansur dan mengalah.

Memang sesiapa jela yang kahwin dengan orang yang tugas kerja lebih dari jumpa dunia nyata kenalah banyak bersabar. Doa yang baik², ikhlaskan diri. 

Aku ingat masa kecik dulu, mak pergi mana² salu sorg ja. P checkup adik² aku tiga orang tu sepanjang depa membesar pon salu sorg dengan kami akak² depa ni naik teksi ja.

Memang mak banyak stress almaklum anak ramai kan. Abah bagus, dia ringankan beban mak,  abah beli barang masak lauk basah siap² salu untuk mak, barang rumah pun abah yang beli. Mak tugas hanya uruskan anak² dan rumah.  

Abah pun kalau off duty mesti dia akan tolong mak kami masak. Lantaklah p mampos orang nak kata abah takut bini daripada korg tu berdosa tak tolong bini langsung hahaha.

Kesian abah orang ckp tu ni,  dia pekakkan telinga ja. Tambah plak mak kami ada masalah kesihatan ni kalau nak cte panjang sangat. Aku sayang abah sangat², abah suami dan abah yang terbaik pada aku. 

Syukur alhamdulillah sekarang aku dah ada pasangan hidup, aku nampak memang macam abah cuma my husband tak lah pandai masak macam abah. Masing² ada kelebihan tersendiri. 

Tahun depan besar kemungkinan abah akan tamatkan kerjaya abah sebagai seorang anggota polis. YA ALLAH pantasnya masa berlalu, abah pun dah berumur 57 tahun, aku hampir 27 tahun hidup.

Semoga ALLAH berikan kebaikan dan kebahagiaan pada mak dan abah. AAMIIN YA RABBAL'ALAMIN. 

Jadi di kesempatan ni saya sebagai seorang anak anggota polis dan rakyat Malaysia yang sangat kagum dengan keberanian dan pengorbanan anggota polis sekalian ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE-211. Moga POLIS DIRAJA MALAYSIA terus sukses. AAMIIN YA RABBAL'ALAMIN.






PSSST • Aku pernah ada impian nak jadi polis, nak bawa moto polis yang besar tu. Pernah gak berangan nak siasat kes jenayah atau kematian ke apa bajet macam detektif nuu. Tapiiii aku ni dengar mercun meletop pun dh terkejut, memang tak la aku nak main pistol, tangan pun bengkok, mata pun rabun. Daa² jela impian nk jd polis. Pape pun aku kagum dan bangga abah adalah anggota polis. Dan mereka sang saka biru 😊

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

BANYAK BERCAKAP BANYAK KELEMAHAN

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN