SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011



Sekejap sekejap saja masa berlalu . Rasa macam baru sahaja tahun 2011 menjengah dan muncul dalam hidup aku .

Hakikatnya sekarang 2012 . Wahai kenangan tahun-tahun lalu , aku tinggalkan kalian bukan kerana aku akan melupakan kalian buat selamanya.

Segalanya akan tetap bersemadi dalam ingatan . Moga ia menjadi pengajaran untuk yang pahit, rujukan dan ikutan untuk yang manis di masa akan datang dalam hidup ku .

Aku mohon hanya pada Yang Satu , Rabb yang sentiasa dan setia memberi nafas dan peluang pada diri ini dan hamba-Nya yang lain .

Aku harap ada ruang untuk aku menuju ke arah kebaikan juga untuk hamba-Mu yang lain . Kehilangan datuk tersayang adalah satu kesedihan .

Hanya Tuhan yang tahu , moga Allah memberi tempat yang terbaik untuk atuk . Dan moga dipermurahkan rezeki agar dapat kami bertemu selalu keluarga di seberang sana . Aamiin.

Sangat indah hidup ini pabila bersama keluarga tersayang bersama saudara mara sedarah daging ku . Maafkan aku andai tidak dapat memberi yang terbaik .

Tentulah semua umat manusia inginkan yang terbaik di masa akan datang . Moga kita berjaya dalam kehidupan kita .

Marilah bersama-sama cari dan kejar ketenangan, mengejar kemanisan dalam iman, mencari jalan kebenaran dan tujuan hidup .

Marilah wahai saudara² ku semua . Masa semakin singkat , aku sedar keinsafan itu aku perlukan . Moga ia menjengah sekali lagi . Aamin . Ketenangan yang aku sentiasa rindui , datanglah .

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KEBAIKAN PENCUCI LAICI KANG UNTUK KESIHATAN

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

SEKILAS LALU PERKAHWINAN KAKAK (PERNIKAHAN)

IDEA ELAK KEHILANGAN IC DAN KAD² PENTING 💳

Kelebihan Dan Kekurangan Tinggal Di Kondominium 🏙️

TUTORIAL REMOVE WORD VERIFICATION DARI RUANG KOMEN ENTRY BLOG💡

PERKAHWINAN TANPA RESTU IBU 👵