DILARANG MELAKUKAN PEMBAZIRAN KETIKA BERWUDUK

﷽ Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya, "Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?" Saad bertanya:" Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?" Baginda SAW menjawab, " Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir (Riwayat Ahmad) Ulasan Hadis: 1. Melalui hadis ini, jelas kepada kita bahawa Rasulullah SAW melarang daripada melakukan pembaziran ketika berwuduk. Bagaimana pembaziran yang dimaksudkan di dalam berwuduk? 2. Kebanyakan daripada kita selalu buka pili laju2 ketika ambil wuduk, sehingga basah pakaian, sepatutnya kita hendaklah mengelakkan pembaziran. Buka air perlahan ketika mengambil wuduk dan insyaALLAH boleh sempurna. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan! 3. Sebenarnya kerana kejahilan, kita tidak rasa kita sedang melakukan dosa. Do...