IBU BAPA MINTA JANGAN MASUK CAMPUR ATAU GANGGU RUMAH TANGGA ANAK DAN MENANTU 😡

Baru ja tadi suami wasap. Ada picture kad kahwin. Aku perati ja nama tu. Eh betul ke apa aku baca ni...

Sekali suami aku kata. Si L jemput kenduri kawen dia. Rupanya dah bercerai bulan 1 ritu. Puncanya sebab tak tahan bapak n mak mertua kerap ganggu rumah tangga dia.

Bayangkan 5 tahun kahwin. Bahagia dengan isteri, memang sayang sangat kat isteri. Tapi di mata mak bapak mertuanya ada ja tak kena kat dia. Cakap yang bukan², ugut itu ini




Dah hampir 5 tahun kahwin, dia macam kami juga belum dikurniakan rrzeki anak masa tu. Dulu dia bekerja meniaga dengan pak mertuanya. Lama juga. Kami kenal pasal kami pernah bekerjasama masa meniaga.

Kadang mai makan minum kat tempat kami meniaga. Orangnya peramah, ceria, positif, kuat bekerja. Anggap macam adik² sendiri dah. Selalu kami laki bini nyembang dengan dia.

Tahun lepas tak silap suami cerita yang dia berhenti tak tolong niaga dengan pak mertua. Kerja bagai nak gila pagi sampai malam diberi gaji ciput ya amat.

Bila dia meniaga sendiri syukur alhamdulillah banyak hasil dia dapat. Tapi terus diganggu dengan pak mertuanya.

Macam macam ya. Kita ni jadi ibu bapa doakan sajalah yang baik baik untuk anak. Kenapa nak diganggu rumah tangga anak anak, lainlah kalau dapat menantu hantu.

Ni orangnya punyalah rajin, bertanggungjawab, sayangkan anaknya. Entahlah. Terkejut juga kami. Semoga bekas isterinya kuat dan tabah. Dia pun masih sayangkan bekas isteri, tapi apakan daya kalau macam ni gayanya.

Semoga pakcik dan makcik bertemulah menantu pilihan hati... Kesian anak jadi mangsa.

Dan ada juga beberapa sahabat aku yang ada masalah lebih kurang macam ni. Tapi masih kekal sampai sekarang, masih kuat bertahan.

Limit kesabaran manusia ada hadnya, dan mungkin perkahwinannya adalah ujian dan pengalaman buat dia dan isteri. Jodoh tak panjang.

Minta tolong anak-anak yang ada ibu bapa atau adik beradik yang suka menyibuk, ganggu rumah tangga orang ni tegurlah, nasihatkan, jangan amik kerja Allah swt. Doakan sajalah yang baik².

Tapi tu la, jarang nak insaf manusia² jenis macam ni. Tetttt 😅

وحيده

MAHU JUAL / BELI HARTANAH? Wahidahbmeproperty.com
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel

Comments

P O P U L A R

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

Only RM225k‼️🏖️👏🏻 Port Dickson Negeri Sembilan New Landed House

Land For Sale Hot Location & Freehold Rezab Melayu Lokasi Peserai Batu Pahat Johor 🌱🏠

Free Booking 👏🏻 New House Seksyen 30 Shah Alam Selangor 🏡

Only RM250k 🔥 Rumah SelangorKu 3-Storey TownHouse Sungai Buloh Selangor 😉

For Sale New Mont Kiara KL Luxury & Amazing Serviced Apartment 🤩🌆🏊

For Sale Hot Unit & Strategic Single Storey Terrace House Taman Seri Bakri 2 Muar Johor

Nilai Negeri Sembilan New Modern & Exclusive Condominium Book Only RM300 🏙️👏🏻

Paka Terengganu New House Affordable & Fully Furnished Book Only RM100 👏🏻

For Sale Beautiful Luxury Banglow Country Residency @ Bandar Seri Alam Masai Johor