Posts

Showing posts from June, 2011

WAHIDAH MAHU KERJA

Image
Dah masuk 5 hari aku mula bercuti semester lepas aku balik isnin masa tu. Dan sampai sekarang juga lah perasaan dilema nak kerja ke tak dan rasa menyesal menghantui aku. Sebabnya bertindak tanpa fikir panjang berjela (kesian :( ...) . Sebenarnya masa penghujung final exam aku dah decide nak stay hostel jap sebab nak pergi temuduga kerja kat Hotel Zenith dengan member. Tapi aku macam tak yakin tempat aku nak kerja tu ada sediakan hostel ke tak. Penting semua tu sebab kalau tak ada hostel atau tempat tinggal pun tak guna aku bekerja. Tapi aku ni punyalah tak fikir panjang dan takut dengan apa nak jadi nanti. Terus nak balik rumah. Aku balik rumah ada sebab juga sebenarnya. Boleh meniaga selendang-selendang yang aku beli borong kat Kuantan. Yang meniaga tu memang rancangan aku dah lama dah sebab kat Shah Alam tak ada jual selendang corak macam aku nak jual ni. Harga pun jauh berbeza sangat murah berbanding kat Shah Alam. Aku minat dengan meniaga sangat². Aku ingat lagi kawan aku sms ak

BILA AKU KESEORANGAN

Image
Mudahnya airmata ini mengalir tatkala diri ini keseorangan, aku memang begini. Mengapa aku mudah mengalirkan airmata? Kerana aku sudah lalui segala ujian yang DIA kurniakan itu. Kerana ia amat perit. Aku lebih tenang pabila duduk sendirian. Aku bagaikan terasa sedang berhadapan dengan SANG MAHA ESA, ia sangat menenangkan. Beginilah keadaan diriku yang tidak serik-serik melakukan kesilapan. Begitu payah dan sukar aku buang segalanya. Gembira dan bahagia hanyalah sementara, akhirnya kesilapan itu berulang kembali. Gugurlah sekali lagi airmata, maka kesedihan dan kepedihan pula yang mengunjung diriku ini. Tinggalkan aku, tinggalkan aku untuk seketika. YA ALLAH, ampuni daku dan aku mohon KAU tetapkanlah hatiku ini. LAIN LAIN •  Masa Lalu •  Aku Lalui •  Wahai Hati •  Tak Pernah Lupa •  Dipinggir •  Luka Bersulam Cinta وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111