Posts

Showing posts from July, 2018

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

Image
Taman Bandaraya Pulau Pinang atau dikenali juga sebagai Taman Belia antara lokasi paling popular bagi masyarakat negeri Pulau Pinang. Masuk percuma, parking yang disediakan pun sangat banyak. Taman ni sangat luas dan dijaga dengan rapi oleh pihak yang dipertanggungjawab menjaganya. Pelbagai kemudahan yang kerajaan Pulau Pinang sediakan. Antaranya padang bola, track joging, taman permainan, alat senam, kolam mandi, dan banyak lagi. Disebabkan itu juga la ramai penduduk Penang serbu lokasi ni tiap kali cuti. Senang cerita memang automatik penuh dengan manusia. Mana taknya masuk free, kemudahan pun banyak yang menarik. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak memang takkan lepaskan peluang bawa anak-anak ke sini. Kita juga dapat hirup udara yang segar dan nyaman. Selain tu juga ada track jungle tracking, ala-ala hiking gitu. Bila dah sampai puncak boleh tengok pemandangan alam yang sangat indah. Pencinta alam yang jenis suka teroka pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang boleh la buat aktivi

'USIKAN' DI PAGI SUBUH

Image
Masa tengah bersiap tadi sebab husband ajak pergi ambil udara segar terdengar macam bunyi mangga pintu diusik-usik. Aih 'benda' apa pula mengganggu teruk sangat bunyinya ni. Tiga kali juga bunyi mangga tu diusik. Aku tak berani nak buka. Kang terpampang muka jebon lain pulak jadinya nanti. Tapi dalam hati dok rasa budak si babu ni kacau. Babu pernah kami keluarkan dia dari rumah, lepas tu dia panjat pagar umah ni dah mcm pahlawan pulak memanjat-manjat. Minta husband tengok kan. Tadaaa ha memang babu. Bijak cara ketuk pintu. Huhuhu. Cara putih ketuk pintu nak masuk tolak pagar pakai badan. Menakutkan juga kalau pertama kali dengar. Malam buta pulak tu. Hahahaha. Tapi dalam hati apa yang diagak selalu betul. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

MAJALAH iSIHAT JULAI 2018 LEPASKAN RASA NEGATIF ITU 💆

Image
Kadang baca artikel dalam majalah depan mata lebih puas berbanding dalam handphone. Teringat pula zaman remaja dulu suka benor beli komik atau majalah sanggup simpan duit belanja untuk beli komik aku minat macam G3 Kalau majalah favourite aku pula ha majalah KLIK sebab boleh dapatkan lirik lagu paling latest. Paling minat majalah LIBUR tapi jarang dapat beli. Aku minat sangat² tengok pulau pasir kemain putih suci. Berangan selalu sangat nak pergi bercuti, huhu. Masa tu sedor diri la tak akan dapat pergi tempat² indah macam tu. Tapi rezeki siapa yang tahu kan, ALLAH SWT izinkan aku pergi tengok antara keindahan pulau ciptaan DIA. Tahun lepas dapat pergi Pulau Redang kat Kuala Terengganu. Masya ALLAH seronoknya rasa hati masa tu. Pergi dengan suami tercinta pula. Suami jenis kepala macam kita kuat berjalan. Tak pernah bayangkan dapat suami sekamcing MH. Aku kalau menaip memang suka lari tajuk. Jauh menyimpang uii. So aku nak share antara tajuk² menarik dalam majalah isiha

KEMASKINI SEGERA PENANGGUHAN BAYARAN PTPTN GAJI BAWAH RM4000 📢

Image
KEMASKINI KLIK DI SINI ➡ http://www.ptptn.gov.my KEMUDIAN KLIK KOTAK KUNING "KLIK DI SINI" 😎 Pastikan anda tahu nombor pinjaman anda untuk log masuk. Kalau tak tahu boleh rujuk gambar di bawah. Dan jika talian tersebut gagal di hubungi anda boleh berurusan terus dengan Pegawai PTPTN melalui aplikasi WhatsApp. Rujuk nombor mereka di dalam gambar di bawah. Semoga Allah SWT permudahkan urusan bayaran hutang kita semua. Aamiin Ya Rabbal'alamin. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111