Posts

Showing posts from September, 2019

MUSTAHIL PEROLEH KESENANGAN SEBELUM TEMPUH KESUSAHAN

Image
Selagi hidup dalam dunia ni jangan kau angankan tiada ujian yang perlu kau tempuh. Kerana janji Allah SWT selepas kesusahan akan hadirnya kesenangan. Sematkan sentiasa dalam ingatan. Mustahil sama sekali sebelum kau peroleh kesenangan kau tidak diuji dengan kesusahan. Semakin banyak rezeki yang kau peroleh semakin berat ujian kau kena tempuh. Hidup bukan untuk bersenang lenang, hidup adalah perjuangan! Jangan pernah putus asa Teruskan melangkah Sentiasa kuat dan tabah وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

WAHIDAH! TOLONG PERGI KEDAI BELI BARANG

Image
1 9 9 8 Mak : "Wahidah tolong pergi ke kedai beli barang. Cakap kat orang tu nak beli taucu". Wahidah : "Ok baik mak". Korang mesti pernah ada pengalaman zaman kanak-kanak dulu mak korang minta belikan barang kat kedai runcit yang berhampiran rumah korang kan? Kita pun macam tu juga, paling rajin muka kita la. Punya semangat laju berdesup pergi. Bukan apa, seronok cuci mata kahkah. Tak dapat beli barang kita minat pun takpa janji dapat berjalan, dapat tengok pun dah seronok hati. Masa tu memang selalu pergi sorang-sorang, adik-adik kita masa tu baby-baby lagi tak dapat nak ajak jadi peneman. Masa tu mana ada kes teruk-teruk macam sekarang ni pergi sorang pun takde hal, rileks ja mak bapak kami lepaskan kami ke kedai, tapi idak la jauh nun. Kita jenis duduk rumah berek polis, biasanya akan pergi kedai kat flat luar. Flat PKNS memang dekat ja ngan rumah. Kita panggil kedai tu Kedai Abang, pasai kedai tu yang jaga semua abang-abang huhu. Memang barang kat kedai

BOLEH INGAT JALAN KE SUATU LOKASI ITU ANTARA KELEBIHAN YANG ALLAH SWT KURNIAKAN 🚗

Image
Jawapan untuk soalan atas ni hehehe. Semua anugerah Allah SWT kurniakan. Sebab kita la yang selalu jadi penunjuk arah. Lebih tepat kita pro bab imaginasi ni. Ni kurnia dari Allah SWT. Selalunya yang berjantina lelaki la yang ada kelebihan macam ni. Boleh ingat jalan banyak simpang sekali pun. Huhuhu. Dalam kepala macam ada video kawasan² yang kita pernah pergi. Jalan balik ke kampung Abah kat Batu Pahat pun kita hafal, hee walaupun setahun sekali ja balik. Jalan ke SMTKS zaman form 4 dan 5 dolu² pun kita ingat. Segarr dalam ingatan. Sama juga jalan kawasan Kuantan Pahang 3 tahun menuntut ilmu masa Diploma dulu. Penang ni pun kita dah terhafal jalan ke tempat yang kerap kami laki bini pergi, kalau sesat sorg² in shaa Allah kita tau jalan balik. Cuma belah balik pulau ngan teluk bahang sana ja tak biasa. Macam contoh kalau kami nak ke mana², kita la yang selalu suggest kat suami jalan mana yang terbaik terdekat tercepat tersegera nak ke destinasi dituju. Suami kita sejenis pakai bant

KECEWA SELEPAS BAHAGIA

Image
Buat mereka yang pernah dan sedang kecewa 🌹 Mesti antara kita semua ni ada pengalaman pernah jatuh cinta, bertunang atau hampir nak kahwin dengan seseorang lalu berakhir dengan tanda noktah. Macam² kenangan indah tercipta tapi semua terhenti. Ada yang ditinggalkan dengan persoalan, ada yang diberi khabar berita yang mengejutkan, dan ada juga dibuang seolah kita tiada perasaan. Perancangan Allah SWT adalah diluar pengetahuan akal kita. Walau kita dah usaha menjadi seorang yang setia sekalipun jika dia bukan jodoh kita hubungan tu tetap akan terhenti. Jalan yang Allah SWT bentangkan kadang buat kita ingat yes inilah yang terbaik untuk kita. Tapi akhirnya berakhir dengan kesakitan, ya rasanya macam batu yang menghempap. Kita mula fikir, kenapa ya jadi semua ni sedangkan banyak yang dah jadi seolah² Allah SWT beri jawapan yang tepat pada kita. Tiba² putus sekelip mata. Kalau tak kuat iman boleh down teruk, memberontak. Tapi dalam kita tak sedar sebenarnya semua kesakitan yang k

SHAMPOO SUNSILK PERCUMA MINI CONDITIONER 🎁

Image
Malam semalam sebelum balik rumah singgah Guardian kat Giant Bayan Baru. Suami kita nak beli syampu badan dia. Kulit dia sensitif kena beli syampu badan khas punya yang ph nya 5.5. Kita pun dalam pale otak 'Ehh rasanya syampu dah habis...' . Apa lagii join sekaki. Sampai ja kat luar boleh nampak syampu sunsilk ada free gift depa tayang heee. Masuk masuk kita ambil syampu colour pink ni ada paling belakang sekali betul² ngadap cermin. Memang tujuan nak tayang ado free gift. RM10.88 memang ok sangat la. Kebetulan kita ni sepanjang hidup kalau beli conditioner botol besar tak kisah jenama apa tak pernah habis. Ha sesuai la conditioner botol kecik ni. Cute cute ja. Kalau tak habis tak tahu nak kata apa la. Pernah juga beli conditioner jenama himalaya botol kecik pastu tak habis. Pebende la aku niii... وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

PINJAMAN WANG SEGERA ATAU PERTOLONGAN SEGERA DARI ALLAH SWT 💰

Image
Balik dari eco seberang ritu, dalam kereta sambil keluar dari parking tu lalu deretan kedai. Style aku memang suka tengok kedai² yang ada, almaklum berangan nak ada kedai sendiri. Sekali mata terpandang satu kedai ni, aku ni pula style memang suka mulakan percakapan ngan suami.  Sambil tengok sambil sebut "Pinjaman Wang Segera Berlesen, haih macam² la" Suami aku pun balas "Pinjaman wang memanglah segera, tapi bayar pun kena segera tauu, kalau takkkk..... " Kite pun 😂 Adoiii ada ja idea susun ayat perli. Betul juga apa suami aku katakan. Korang janganlah tersilap langkah p selesaikan masalah segera macam ni. Baik korang usaha ikhtiar cara lain, mohon pada Allah merayu minta hanya pada Dia. Dia berkuasa atas segalanya In shaa Allah Dia akan tunjuk jalan. Berlambak lagi cara lain yang halal untuk peroleh duit. Takda perkara yang mudah dalam dunia ni, semuanya bermula dengan kesusahan baru kesenangan. Pada yang pernah tersilap langkah, mo

CARA SETTING GAMBAR SELFIE UBAH KEPADA POSISI BUKAN CERMIN 💡

Image
Korang mesti suka ber'selfie' tapi bila hasilnya gambar berkeadaan cermin buat gambar korang tak sempurna. Betul tak? Mesti ramai kat luar sana baru tahu kita sebenarnya boleh ubah setting supaya tak jadi gambar berbentuk cermin dah. So kali ni kita nak share kat awak² macam mana langkahnya. Langkah 1 Korang klik macam biasa kat kamera phone korang. Langkah 2 Klik mode selfie pada fungsi kamera phone korang Langkah 3 Klik pada settings mode selfie. Phone ni jenama Oppo so kalau sama senang nak setting just cari ikon bulat ni ja.  Langkah 4 Lepas tu korang cari ikon bentuk macam dua cermin. Daripad ' Normal Save ' korang ubah pilih ' Flip Save '. Ok siap! Ok korang boleh try ber'selfie' sekeping tengok perbezaan antara 'normal save' dengan 'flip save. Masa tengah selfie dalam keadaan 'flip save' memang kita akan nampak gambar kita dalam keadaan cermin. Tapi bila korang buka balik