SEBELUM DAN SELEPAS LAMAN SOSIAL MUNCUL 💻
BISMILLAH
Selepas - Buat maksiat upload kat laman sosial (tak semua) . Bangga ke? Kasihanilah diri sendiri.
Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Apabila kita terlanjur melakukan dosa berusahalah pelihara dan sembunyikannya, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya.
Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justeru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).
Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, InsyaAllah.
KREDIT • Love Love Islam
artikel yang menarik kawan. penuh dengan nilai moral. lanjutkan kawan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteMudah2han bermanfaat, sbb skrg makin byk perkara atas ni terjadi, lagi2 di Facebook. Sedih sgt tgk dorg ni..
Hope dorg berubah. Thanks kawan :)