SEBELUM DAN SELEPAS LAMAN SOSIAL MUNCUL 💻

BISMILLAH

Sebelum - Buat maksiat diam², paling teruk pun orang sekeliling yg ternampak

Selepas - Buat maksiat upload kat laman sosial (tak semua) . Bangga ke? Kasihanilah diri sendiri.

Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Apabila kita terlanjur melakukan dosa berusahalah pelihara dan sembunyikannya, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya.




Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justeru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, InsyaAllah.


KREDIT • Love Love Islam


Comments

  1. artikel yang menarik kawan. penuh dengan nilai moral. lanjutkan kawan :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Mudah2han bermanfaat, sbb skrg makin byk perkara atas ni terjadi, lagi2 di Facebook. Sedih sgt tgk dorg ni..
    Hope dorg berubah. Thanks kawan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

Only RM225k‼️🏖️👏🏻 Port Dickson Negeri Sembilan New Landed House

Land For Sale Hot Location & Freehold Rezab Melayu Lokasi Peserai Batu Pahat Johor 🌱🏠

Free Booking 👏🏻 New House Seksyen 30 Shah Alam Selangor 🏡

Only RM250k 🔥 Rumah SelangorKu 3-Storey TownHouse Sungai Buloh Selangor 😉

For Sale New Mont Kiara KL Luxury & Amazing Serviced Apartment 🤩🌆🏊

For Sale Hot Unit & Strategic Single Storey Terrace House Taman Seri Bakri 2 Muar Johor

Nilai Negeri Sembilan New Modern & Exclusive Condominium Book Only RM300 🏙️👏🏻

Paka Terengganu New House Affordable & Fully Furnished Book Only RM100 👏🏻

For Sale Beautiful Luxury Banglow Country Residency @ Bandar Seri Alam Masai Johor