KAT MANA DARUL TAQWA NI?
CERPEN • Alam Mimpi Di Darul Taqwa (Cerpen Terbaik)
"Assalamualaikum pakcik... tolong kutip kertas tue, nanti pakcik rugi di akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman. ..." Bunyi satu suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku...? Aku Datuk Dr. Johar.. orang besar negeri ini....!!!
" Pakcik... biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik..." kata budak kecil berpakaian putih dengan serban hijau yg melilit kepala.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah... kalau dia datang biar aku sogok dengan duit nie. Siapa yg tak kelabu mata tengok duit biru, ungu berlapis-lapis.
Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yg sofistikated. Ada helikopter bersimpang siur terbang di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan dan kecanggihan yg hanya layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya... pakaian mereka, tingkah laku mereka, Ah... dimana aku sekarang nie...??? Gerutu hati Datuk Dr. Johar.
"Hoi budak... Aku dimana sekarang...???" Soalnya kepada budak yg menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan lembut. Apakah ini Aladdin.. budak arab dengan lampu ajaibnya...?? Teka- teki itu terus menerjah kepala dan pemikiran Datuk Dr. Johar.
Budak itu membuka mulut untuk menjawab. Belum sempat dia berkata-kata, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan berkilat. Keluar 2 orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum... Maaf pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan sebahagian daripada iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda... 30 kali tasbih, 30 kali istighfar dan 100 kali selawat. .." Kata Pegawai Penguatkuasa itu dengan lembut.
Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang2 ini....?? Tak ada Dewan Bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung. Apa...??? Dia nak marahkan aku...?? Ni duit lima ratus...!!!
"Saya tak nak buat apa yg kamu minta. Kita selesaikan di sini sahaja. Berapa gaji kamu sebulan...?" tanyanya dengan angkuh.
"Pakcik... kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini, semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat." kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh.. oh.. maafkan kami pakcik, Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu..? Mana pakcik dapat pakaian macam nie...?" tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila atau mereka yang gila...?? Detik hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah Ferrari yang berkilat itu. Melalui cermin, dia nampak jelas perawakannya. Tak ada apa yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak, daripada jenama yang mahal-mahal pula-Piere Cardin. Kasutnya hitam berkilat dari jenis Bally. Ah.. aku masih unggul...!! Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot... dia yang ketinggalan zaman...!!!
"Anak muda... Pakaian pakcik nie pakaian pemimpin. Pakcik orang besar negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian nie."
"Pakcik.. itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa nie. Moyang-moyang kami dulu aja yang mempertahankan pakaian-pakaian macam nie. Itu pakaian orang kuno di barat. Sekarang... kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya sahaja. Itupun dalam buku sejarah peralihan Islam. Orang barat zaman moden ini dah berpakaian yang macam kami pakai ni. Tak ada orang yang pakai macam tue kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa ni." terang pegawai itu.Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan.
"Dimana aku sebenarnya ni..??" Dia bertanya kepada pegawai-pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal... ini jalan Chow Kit, di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yg lain tak ada.
"Pakcik... pakcik di Bandar Mutmainah. Ini Jalan Mujahadah namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam, diberi tanggungjawab utk memastikan kebersihan lahir batin bandar ni."
Apa...??? Bandar Kuala Lumpur dah jadi Bandar Mutmainah...?? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah...??? Apa dia mutmainah ...??? Apa dia mujahadah tue...?? Apa yg dah terjadi nie...?? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik... kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas solat nanti pakcik sempurnakanlah. Demi kebaikan pakcik di dunia dan di akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur datang kepada pegawai penguatkuasa.
" Tuan... hukumlah saya tuan. Saya mengumpat tadi. Ya Allah... seksaMU amat pedih. Tolonglah tuan... hukumlah saya di dunia, sebelum Allah menghukum saya di akhirat..." rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang dan kesempatan itu diambil oleh Datuk. Dr Johar untuk lari sekuat hati. Peliknya, mereka tidak mengejarnya. Dia terlepas. Lega...
Dahaga.. Lapar... mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia mesti minum. Tapi di mana...?? Tiba-tiba dia terdengar suara komputer dari sound sistem di tepi jalan:
" Assalamualaikum... Kepada semua penduduk Kota Mutmainah.. Syed Al-Abrar, jutawan besar negara ini sedang berada di Jalan Uwais Al-Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedeqahnya. Hari ini beliau menjamu nasi dan air. Tuan puan semua dijemput datang..."
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan sesekali mencemar duli menagih sedeqah. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan.. semuanya berjubah dan berkopiah. Matanya tidak betah lagi melihat itu semua, tapi kerana lapar, dia masuk juga.
" Maaf tuan. Itu pintu masuk wanita. Di sini untuk lelaki." Ceh... double standard..!! Lelaki dipisahkan daripada perempuan. Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.
" Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan..? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam nie." Lelaki itu tersenyum.
" Empat puluh tahun dulu adalah tuan. Sekarang kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita disini tuan. Amir Muhammmad, pemimpin Darul Taqwa ini telah menaikkan taraf wanita tanpa women"libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus utk makan bersama isteri dan anak perempuan." terangnya denagn panjang lebar. Mukanya bersih dan jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
" Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam nie...."
" Astagfirullah pakcik... Jangan disebut-sebut lagi nama ideologi-ideologi tue. Semuanya telah termaktub dalam sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tue. Astagfirullah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-urut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang tatkala dia menggelengkan kepalanya.
Ah...!!! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun masuk.
"Nasi Beriyani sepinggan..." ujarnya kepada pelanggan.
" Dalam pinggan tuan...?" tanya pelayan itu kehairanan.
" Ya.. apa yang peliknya...?"
" Baik tuan. Tapi, semua orang berebut-rebut pahala makan berjemaah. Tuan makan seorang...?" tanya pelayan yang berkulit hitam manis itu.
Datuk Dr. Johar bertambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke ruangan pelanggan menikmati hidangan. Tidak ada meja makan... hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Maraka makan satu dulang..? Yerk..!!! Jijiknya...!! Ah... aku tetap aku..! Aku ada pendirian. Nasi Beriyani dan ayam goreng kegemarannya pun terhidang di atas sehelai kain putih.
" Jemput makan dengan nama Allah Yang Memberi Rezeki.." kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan berselera sekali. Dewan makan itu berhawa dingin, lengkap dengan pita televisyen dan videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.
" Ya Allah...!!! Apa musibah yang menimpa ana subuh tadi...? Ana masbuk dalam sembahyang jemaah subuh." ujar seorang lelaki muda dengan wajah kecewa. Suapannya perlahan... macam tak lalu makan sahaja.
" Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain...?" tanya sahabat di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga sahaja.
" Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit, malang nasib ana, lima jam ana tunggu di tepi jalan, seorang pun tak mahu terima sedekah ana." keluhnya.
" Susah kita sekarang nie. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka sepatutnya bantulah kita, tolonglah terima sedekah kita. Ah.. susahnya jadi orang kaya macam kita nie..! Dah lah nanti di akhirat banyak hisabnya, di dunia nie pulak orang tak mahu terima sedekah kita."
" Oh..!!" Keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda itu tadi. " Kalaulah kita hidup di zaman moyang kita dahulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak nie. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Takpelah... kita tunggu bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya, saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham akhirat..." kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan. Datuk Dr. Johar makin pelik.
" Tambah nasi sepinggan lagi..." pintanya kepada pelayan restoran.
" Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan tuan berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan... saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan restoran merangkap pegawai perubatan." kata pelayan itu.
" Apa..? Awak pegawai perubatan...? Seorang doktor ke..? Lulusan luar negeri atau dalam negeri..? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukannya di restoran." tanya Datuk Dr. Johar dengan geram.
" Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada hanya untuk bayi, kanak-kanak, wanita, mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar sahaja dan berhenti sebelum kenyang, Insya Allah... tuan akan sihat. Kita tak perlu ke hospital."
" Bodoh.. kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku nie..?" leternya perlahan-lahan.
" Apa..? penyakit kencing manis...? Tuan mengidapnya...? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit itu tidak ada sesiapa yang mengidapnya.."
" Dah.. batalkan sahaja order saya tadi. Banyak pulak cakapnya, boring. Sekarang, saya perlukan hiburan, di mana boleh saya dapati....?" tanyanya.
"Di sana tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana. Tuan boleh dapat apa sahaja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bayaran. Ianya percuma."
Datuk Dr. Johar, orang besar negara melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan pelbagai warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikan. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Piere Cardinnya, dia masih kelihatan kolot. Diberanikan dirinya menekan satu butang berwarna hitam. Di permukaan skrin timbul satu perkataan.. KHAUF... Apa benda nie..? kemudian menyusul bait2 lagu..
Mati itu terlalu sakit,
Alam arzakh yang pasti,
Mizan noktah penyesalan,
Izrael datang tiba-tiba.
Oh... oh... seram sejuk tubuhnya. Apa lirik lagu macam nie..? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam nie. Protes hati Datuk Dr. Johar. Dia beralih ke butang hijau dan tanpa lengah dia terus menekannya. Tertera di skrin komputer RAJA. Kemudian tersembul lirik lagunya...
Firdausi melambai-lambai
Demi cinta dan rahmatNya
Keindahan jannah yang abadi.
Kepala Datuk Dr. Johar semakin pusing. Semuanya tentang akhirat. Apa nak jadi ni..?
" Tak ada lagu yang hot sikit ke..?" tanya Datuk Dr. Johar kepada seorang pemuda berjubah coklat di sebelahnya.
" Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top hit muda mudi."
" Ya.. Ya.. Saya sokong..." balas Datuk Dr. Johar.
Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran. Dia ingin mendengar lagu-lagu kegemaran muda -mudi di daerah asing ini. Ayat-ayat suci al-Quran bergema.
"Eh.. ini suara orang mengaji."
"Nanti dulu pakcik. Selepas ini ada terjemahannya, kemudian baru menyusul lagunya." kata pemuda berjubah coklat itu sambil memejamkan matanya rapat-rapat. Asyik sekali dia.
Kemudian, getaran suara pun bergema....
Cintaku berlabuh di persada rahmatMu,
Mendamba kasih yang tak berpenghujung,
Mengutip sayang di hamparan cinta suci,
Inilah getaran hatiku memburu cinta,
Stanza hati merindu Ilahi....
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Dia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan... ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar, kami halalknan sahaja" Datuk Dr. Johar makin geram.
" Saya bayar dengar kad kredit sahaja.." dia pun menghulurkan kad kredit warna emasnya.
"Maaf sekali lagi tuan. Kad kredit ni bukan yang boleh kami terima. Kami halalkan sahaja.."
"Tak.. pantang datuk nenek saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan, berbungkal-bungkal emas dalam bank. Tak kan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.."
"Darul Taqwa tak ada pencuri tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerena takutkan seksa neraka."
"Ah... aku tak nak dengar semua tue. Makin gila aku dibuatnya." pekik Datuk Dr. Johar sambil meluru keluar dari restoran.
Di luar, semua pandangan menyakitkan matanya. Mengapa orang kolot nie mentadbir teknologi yang begitu tinggi...??? Pemandu bullet train berserban merah tersenyum padanya. Pilot helikopter dengan tulisan MAKRUFAT AIR TRANSPORT sibuk dengan tugasnya.
Di seberang jalan, tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas "KELUARGA BAHAGIA GEMBIARA DENGAN SUNNAH". Di papan itu terpampang gambar seoarang lelaki dan perempuan berserta anak-anak mereka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Ish... meluatnya...!!!!
Di jalan-jalan raya, suasana meriah dengan senyum dan salam. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini...??? Kenapa..?? Kenapa...??? Kenapa...??? Mengapa..?? Mengapa...??? Mengapa...?? datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan hebat dalam jiwanya yang terseksa tiba-tiba meletus.
"Datuk... Datuk...!! Bangun Datuk. Ada berita buruk...!!!" Datuk Dr. Johar terjaga. Dia tertidur semasa menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa...?? Parti kita kalah...??? Aku kalah...???" tanya Datuk Dr. Johar bertalu-talu.
Tidak Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu pilihanraya, mereka tak mahu demokrasi."
"Habis... mereka mahu apa...??"
"Mereka mahu Islam... Datuk.."
"Islam..." Datuk Dr. Johar terpinga. Digosok-gosok lagi matanya.
ISLAM ITU ADALAH TERTINGGI. TIADA YANG LEBIH TINGGI MELAINKAN ISLAM. ISLAM ITU AGAMA ALLAH. AGAMA ALLAH PENYELAMAT UMMAH. MAKA ISLAM PENYELAMAT UMMAH.
Allahu Akhbar...!!!
Tahniah pada penulis cerpen ini 👍
Cerpen yang betul² buat aku tersenyum selalu. Mungkin cerpen ni lah gambaran Islam di masa hadapan. Islam memang akan bangkit suatu hari nanti, itulah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Jom layan dan selamat membaca sambil menghayati. Moga peroleh manfaat InsyaAllah 😊
Kredit • Penulis Cerpen
PERKONGSIAN
Assalamualaikum, mohon share kak wahidah..
ReplyDeleteWa'alaikumussalam dik. Silakan dik, sebarkan kebaikan =)
ReplyDeleteThanks kak wahidah ^_^
ReplyDeleteMost welcome dik :)
ReplyDelete