IDEA ELAK KEHILANGAN IC DAN KAD² PENTING 💳

Card Protector 

Ic, Kad Bank, Lesen


Card Protector ni ada dijual banyak di Kedai Buku, harga pun tak mahal pun RM1 dan ke atas sahaja. Boleh letak IC, Kad Bank, Lesen atau selit-selit duit yang nilai besar-besar pun boleh.

Lepas tu kalau nak keluar ke mana-mana bolehlah selit Card Protector ni kad dalam kocek seluar, baju kurung, jubah atau mana-mana pakaian yang ada kocek. Make sure kocek tak bocor. 

Dunia sekarang kan bahaya, kes ragut, curi, rompak dan seumpamanya kerap kita dengar. Jadi seandainya kita dah usaha sebesar mana pun untuk elak kejadian ni berlaku.

Tetapi berlaku juga sekurang²nya kita dah boleh elak IC, KAD atau LESEN milik kita yang penting ni dari ada kat tangan si penjahat.

Tak payah susah-susah kita pergi JPN, BANK atau JPJ untuk buat yang baru untuk diganti baru. Idea ni timbul sejak lepas SPM lagi.

Masa tu kan kerja dah kena pegang Kad Bank sendiri, naik moto pula pergi kerja, memang lah bahaya.

Paling rasa tak best masa tu dengar dua orang kenalan kena ragut dekat kawasan tempat kerja al-maklum la shopping complex kan.

Lagi bertambah cuak masa tu ada berita seorang wanita kena ragut masa dalam perjalanan balik ke atau pergi tempat kerja tak sure.

Wanita tu sanggup berlawan dengan si peragut tu sampai wanita tu ikut laluan bertentangan dengan jalan yang dia lalu, kemalangan teruklah jawabnya. 

Tahun 2011, pernah sekali tu HANDBAG aku kena curi dalam surau Terminal Kuantan. Tapi si pencuri sangat malang sebab dalam tu tak banyak pun barang bernilai.

Semua yang penting dah disorok dalam kocek seluar. Cuma agak terkilan HANDBAG tu baru den beli, ekau dah main curi-curi. Dalam tu ada barang kesayangan ja, tapi tak apalah bukan rezeki.

Harap membantu ya. InsyaAllah, kita usaha dan terus usaha, selebihnya Allah tentukan. Kalau nak diikutkan ayat kat kepala ni panjang lagi nak dicerita kat sini.

Tetapi disebabkan nak kekalkan ringkasan dalam post, den terpaksa kawal diri dari menaip panjang lebar hehehe. Sekian 😄

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

  1. pernah buat mcm ni...lepas tu lupe letak mana...semua hilang..T__T ..bila dah buat baru semua kad baru jumpe balik kat mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorh kok lupa. Benda penting tuu :D
      Hehehehe. Sabo jela jawabnya....

      Delete
  2. singgah blog walking :)
    info yang berguna (Y)

    ReplyDelete
  3. leceh kan kalau ic hilang, kad bank hilang.. baik jaga elok2..

    ReplyDelete
  4. Cara ni pernah guna gak..tapi kita ni pelupa orangnya..hahah

    ReplyDelete
  5. hampir penah hilanggg huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. selama itu saya belum pernah kehilangan kartu, yang ada justru kelupaan passwordnya

    ReplyDelete
  7. za pun ada guna jugak...senang kan??

    ReplyDelete
  8. Info yang sangat bermanfaat, Nice posting

    ReplyDelete
  9. Great useful tips, thanks for sharing...

    ReplyDelete
  10. sesuai sangat untuk digunakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

Only RM225k‼️🏖️👏🏻 Port Dickson Negeri Sembilan New Landed House

Land For Sale Hot Location & Freehold Rezab Melayu Lokasi Peserai Batu Pahat Johor 🌱🏠

Free Booking 👏🏻 New House Seksyen 30 Shah Alam Selangor 🏡

Only RM250k 🔥 Rumah SelangorKu 3-Storey TownHouse Sungai Buloh Selangor 😉

For Sale New Mont Kiara KL Luxury & Amazing Serviced Apartment 🤩🌆🏊

For Sale Hot Unit & Strategic Single Storey Terrace House Taman Seri Bakri 2 Muar Johor

Nilai Negeri Sembilan New Modern & Exclusive Condominium Book Only RM300 🏙️👏🏻

Paka Terengganu New House Affordable & Fully Furnished Book Only RM100 👏🏻

For Sale Beautiful Luxury Banglow Country Residency @ Bandar Seri Alam Masai Johor