Siapalah yang taknak stay kat perumahan jenis mewah macam kondominium betul tak? Aku percaya tentu ramai kat luar sana teringin nak tinggal kat kondo. Macam² kemudahan tersedia. Swimming pool, ada gym, ada playground, ada tempat bersukan khas. Korang mesti tertanya² macam mana environment bila tinggal kat kondo ni. Best ke tak? Apa kurang lebihnya. Sebelum tu kalau korang jenis suka tengok video boleh layan video kami ya. Aku buat versi video dulu sebenarnya untuk tajuk ni. Ni aku kongsikan kat blog khas buat korg yang lebih suka membaca dari tengok video. Bukan apa video pon kemain panjang 22 minit hahaha! KELEBIHAN TINGGAL DI KONDOMINIUM SISTEM KAWALAN DAN KESELAMATAN YANG BAGUS Setiap kondominium memang akan ada pondok pengawal, guard house omputih habaq. Segala kereta atau individu yang masuk semua kena main scan², setiap penghuni umah akan ada kad akses. Kad akses ada dua jenis, satu khas untuk kenderaaan, satu kad akses untuk individu. Kad akses kenderaan scan bila ma...
﷽ "Dari Ubadah Bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud... Barangsiapa bersaksi mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan neraka baginya.." "Rasulullah pernah bersabda...Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu berkata..Wahai Muhammad, apa erti kesusahan, sedangkan ALLAH swt telah memberikan kepada ummat mu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu.... 1. Allah berfirman yang bermaksud " Aku disisi hambaKU ialah aku mengikut sangkaannya terhadapKU..dan ALLAH tidak menyalahi sangkaan hamba terhadapnya.. 2. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat kelak.. 3. Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau..selagi mana nyawanya belum sampai ke g...
Assalamu'alaikum Selamat malam semua. Post ni sesuai untuk para wanita di luar sana baca, tapi anda semua diharap jangan tak cukup nafas atau terkejut yang amat sangat lepas baca artikel ni. Kita ambil pengajaran dan seterusnya bertindak demi menyelamatkan kaum Adam di luar sana. Jangan biarkan diri kita jadi bahan bekalan dosa mereka iaitu kaum Adam. Tak lupa juga saham dosa bapa, suami, abang, dan anak lelaki kita di akhirat kelak. Seperti dalam post ini sila klik di sini 4 Lelaki Yang Akan Ditarik Wanita Ke Neraka . Usaha jangan jadikan diri kita bahan fitnah di akhir zaman ini. Artikel ni dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net) . Ustaz bagi share artikel ni untuk kebaikan bersama, InsyaAllah. Syukran Ustaz. Moga Allah swt sentiasa datangkan kita dengan hidayah-Nya. Aamiin Ya Rabbal'alamin... ____________________________________________ Bahaya Nafsu lelaki ( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepada saya ole...
Setiap antara kita mesti pernah ada pengalaman tinggal di asrama. Tak kisahlah zaman sekolah ataupun zaman IPT. Aku percaya setiap antara korang pernah merasa hadap situasi seram, cemas, kena ganggu bagai. Ngehehehehe Asrama Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (2007 - 2008) Form 4 (2007) Cerita pasal kena ganggu ni la paling aku tak suka. Sebelum masuk SMTKS dulu aku memang taknak masuk hostel sebab abang aku pernah cerita dia kena kacau dengan hantu amoi hahaha. Usik dia masa dia tdoqq. Tu aku macam fikir panjang jugalah masa dapat tawaran. Sekali bapak aku marah bila aku kata taknak masuk teknik sebab takut hantu, Abah kata 'Kau tak pernah jumpa jangan nak takut², kalau pernah jumpa lainlah'. Adehhh takleh kata apa la. Abah memang suka anak dia masuk hostel, lebih berdisiplin. Nak nak bab ibadah, InsyaAllah terjaga. Hehehe aku terpaksa la masuk. Bantai ajee. Hari pertama nak tdo berpeluh² oi. Senior² bawa kuar cerita hantu plak, toyol la, hantu bungkus la, hantu locker la...
Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Ke-61 Negaraku Malaysia Tengah khusyuk tengok berita jam 1.30 petang tadi kat TV3. Keluar berita pasal persiapan ulangtahun hari kemerdekaan negara kita yang bakal tiba Jumaat ni iaitu 31 Ogos 2018. Tahun ni sambutan akan berlangsung di Putrajaya. Aku dan rakan sebaya aku masa form 2 pernah ada kenangan kat Putrajaya tahun 2005. Kami berpeluang join perarakan sambutan. Aku sedar selama ni aku abaikan ja tiap tahun kalau tarikh 31 Ogos tiba. Yela lepas dah masuk form 3 fokus kat pmr, pastu dah form 4 sampai form 5 dok dalam hostel diam² (diam ke) fokus spm. Lepas spm plak kerja, pastu sibuk sambung pra diploma. Dan seterusnya sibuk dengan diploma. Sampai lah dah habis belajar pun kau sibuk pula dengan kerja. Hahaha! Takde langsung nak ambil tahu pasal negara. Dah tu lepas kahwin kau sibuk dengan meniaga. Tahun lepas dapat cuti kau bantai pergi bercuti dengan laki kau kat pantai timur sana. Sudahnya sambutan kemerdekaan tak kau endah. Jadi tadi ak...
Taman Bandaraya Pulau Pinang atau dikenali juga sebagai Taman Belia antara lokasi paling popular bagi masyarakat negeri Pulau Pinang. Masuk percuma, parking yang disediakan pun sangat banyak. Taman ni sangat luas dan dijaga dengan rapi oleh pihak yang dipertanggungjawab menjaganya. Pelbagai kemudahan yang kerajaan Pulau Pinang sediakan. Antaranya padang bola, track joging, taman permainan, alat senam, kolam mandi, dan banyak lagi. Disebabkan itu juga la ramai penduduk Penang serbu lokasi ni tiap kali cuti. Senang cerita memang automatik penuh dengan manusia. Mana taknya masuk free, kemudahan pun banyak yang menarik. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak memang takkan lepaskan peluang bawa anak-anak ke sini. Kita juga dapat hirup udara yang segar dan nyaman. Selain tu juga ada track jungle tracking, ala-ala hiking gitu. Bila dah sampai puncak boleh tengok pemandangan alam yang sangat indah. Pencinta alam yang jenis suka teroka pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang boleh la buat aktivi...
Kebiasaannya sukan tarik tali memang sinonim dengan individu yang berbadan besar. Sukan ini biasanya kita nampak berlangsung ketika upacara sukan tahunan di sekolah. Sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia melibatkan dua kumpulan yang mempunyai beberapa ahli bagi setiap kumpulan. Mengimbau pengalaman sebagai salah seorang pelajar yang aktif dalam sukan seperti tarik tali ni, dah semestinya membuat diri seorang wahidah tersenyum. Mula masuk sukan tarik tali ni bila cikgu nampak badan ni jenis sado, bambam gitu dari zaman sekolah rendah. Macam mana nak elak? Nampak sangat masa zaman aku sekolah dulu tak ramai budak comel-comel wakaka. Ikutkan aku bukanlah terlalu bambam. Tapi mungkin saiz badan macam aku dah cukup kriteria untuk masuk sukan tarik tali yang mencabar ni. Bila dah masuk sertai sukan ni rasa satu macam keseronokan. Feeling macam ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara heee Maka setiap tahun aku akan offer diri aku sendiri. Dengan ...
﷽ Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara per...
Kenal lagu ni masa zaman sekolah teknik dulu, zaman ambil SPM. Huhu. Para guru di SMT Kuala Selangor terbaik ! Asalnya lagu rock, tapi digubah jadi lagu lebih pada motivasi diri. Sesuai sangat untuk para pelajar YES :) Bila dengar lagu yang ada kaitan dengan kenangan zaman sekolah teknik automatik rasa RINDU tu membuak-buak. Hanya ALLAH SWT yang faham apa yang aku rasa. Hee. Apa-apa pun hakikatnya sekarang umur pun dah hampir 23 tahun. Zaman umur 16 dan 17 tahun jauh tinggalkan aku. Kredit • Cikgu Fauzi Johari Kenangan bersama sahabat² pergi Perkhemahan Kokurikulum 2008 di Gunung Senyum Temerloh Pahang Cepat dan pantas MASA. Pada adik-adik yang masih bersekolah, usahalah semampu boleh untuk kejar kejayaan sebab dengan ilmulah hidup kita akan lebih bermakna, daripada situlah kita kenal dan tahu apa tujuan hidup dalam dunia ni yang sebenarnya. InsyaALLAH. Jangan sesekali sia-siakan zaman remaja, zaman muda-mudi kita dengan perkara yang tak berfaedah. Sebelum terlambat, berubahlah :) ...
Teringat Memang sering teringat Kisah lalu takkan pernah pergi berlalu begitu sahaja dari ingatan Hanya Tuhan yang berkuasa untuk menghentikan ingatan itu Luka tetap luka Aku tak mampu menghilangkan parut yang ada Wahai yang pernah menyakiti Semoga engkau mengambil pengajaran Memang sukar untuk ku tafsirkan dengan tulisan Apa yang berlaku Apa yang ku rasai Aku tetap wanita yang rapuh imannya LAIN LAIN • Bila Aku Keseorangan • Aku Lalui • Wahai Hati • Masa Lalu • Dipinggir • Luka Bersulam Cinta وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111
yeah, like this post... semua sayang Allah...
ReplyDeleteyeah, like this post... semua sayang Allah...
ReplyDelete