SEMESTER AKHIR 1.0

SEMESTER 6 PART 1.0

Pagi ni kelas Design 2 (Rekabentuk Konkrit Tetulang) . Kelas ni minggu depan akan ditukar ke petang sebab ada senior² clash dengan jadual dorg . Huhu .

Aku tak kisah sebab kelas hari selasa aku ada 2 ja . Satu kelas ni n satu lagi kelas Highway kul 4 petang . Jauh oo jarak . Kiki .

Alhamdulillah jadual kelas setakat ni sangat memuaskan . Kelas petang ni Puan Afzan batalkan . Puan Afzan ada hal kot .

Maka kelas aku full petang ni kelas dalam bilik . Haha . Hari ni Cik Nadiah dah mula mengajar . Pakai slide show , huhu.

Sama juga macam Puan Diana semalam .  Rasa UTM suruh kot . Tapi ok juga sebab bertambah faham lah .

Semakin aku naik sem jadual semakin ringan . Kelas pun tak compact berbanding awal sem dolu . Perghh dugaan tu jangan cakap .

Pape pun alhamdulillah aku dah sampai tahap ni , takde halangan maksud aku tak repeat apa² lagi setakat ni . Syukur tersangat .




Kelas tadi pun habis setengah jam awal . Sambil tunggu Cik Dira habis kelas Geoteknik dia, aku duduk kat kelas .

Belek fon, fon tengok aku aku tengok fon . Em . Cik abang ni pun sent mesej sekali je pastu hilang .

Takpelah maybe dia sibuk layan customer dia , waktu puncak lah nak dikatakan . Moga rezeki sentiasa bertambah-tambah . Aamiin! 

Buka buku SOLUSI Isu 44 baca dan terus membaca . Latihlah diri anda semua sentiasa bawa bahan bacaan ke mana² wakaka

Tak lah kita buang masa atau paling tak pun untuk hilangkan kebosanan. Ye idokkk  :)

Dah rasa lama sangat dalam kelas R8 tu aku terus turun bawah tunggu Dira kat bawah jela . Sampai kat bawah Atiq n Dila pula panggil dari jauh . Huhu .

Pergi tergedek-gedek kat dorg . Sampai kat dorg sembang pasal belajar pasal kerja pasal macam-macam pasal .

Sekejap je masa berlalu , rupa-rupanya aku dah hampir 3 tahun duk menimba ilmu kat kolej ni . Banyak kenangan pahit dan manis kat sini .

Tapi paling banyak pahit kot hahaha . Pape pun aku harap semester akhir ni aku dapat buat yg terbaik dan lebih baik dari semester² sebelum ni . InsyaAllah .

Kelas Dira habis lambat 15 minit . Uih dahsyat² . Lecturer buli dorg lah kot wakaka . Laparnya perut masa ni, sakit masuk angin .

Kami 6 orang pergi makan sama² . Riuh habis kedai makan . Lagipun tak ramai orang pun . Menu aku hari ni Nasi Ayam :) . Yummii .

Lepas makan aku confuse nak stay library or balik hostel . Hati macam rasa nak balik hostel sebab nak wat macam² .  Tambah pendapatan sebenarnya .

Kalau korg rajin, terutamanya pelajar try la buat bisnes online . Tak kisahlah bisnes apa-apa , janji halalan toyyiban :) .

Tapi hati mesti kuat , usaha mesti lebih , jangan mudah putus asa . Sebab kalau korg nak dapat duit bukanlah semudah yang korg sangka .

Macam pepatah ada kata Usaha Lebih Mesti Akan Dapat Lebih . Aku pegang kata-kata ni . Kita kena kumpulkan pengalaman .

Dari pengalaman kita akan belajar macam mana nak susun hidup dengan lebih teratur . Lagi-lagi untuk masa depan kita .

Setakat ni pendapatan tambahan aku adalah bisnes online aku .  Ada kat Facebook namanya Kedai Mukabuku HaWa dan Group Kedai Mukabuku HaWa . 

Semua customer aku hanya kaum wanita sebab aku hanya jual barang-barang yang wanita pakai :) .  Lens , handbags , pakaian , wallet , purse dan lain-lain . 

Boleh add aku kat sini http://www.facebook.com/KedaiMukabukuHaWa kalau nak tengok album-album . Selain tu aku ada juga wat kerja lain .

Macam kerja sebarkan atau promote website Jobdirumah . Ha yang ni memang kena betul rajin , kreatif dan banyak bersabar .

Setiap kali aku dapat wat jualan aku akan dapat komisen RM20 . Pastu kalau downline aku buat kerja aku akan dapat komisen RM5 . Huhu .

Walau tak banyak dapat tapi alhamdulillah benda ni still rezeki , so bersyukurlah . Dan walaupun tak dapat tiap-tiap hari itu pun sudah memadai .

Kalau berminat boleh layari website ni http://www.jobdirumah.com/jobkosong11.

Sampai setakat ni je perkongsian . Mudah-mudahan korg peroleh manfaat selepas baca post ni . InsyaAllah Amin :) 



وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS

TAK PERNAH LUPA