﷽ "Dari Ubadah Bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud... Barangsiapa bersaksi mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan neraka baginya.." "Rasulullah pernah bersabda...Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu berkata..Wahai Muhammad, apa erti kesusahan, sedangkan ALLAH swt telah memberikan kepada ummat mu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu.... 1. Allah berfirman yang bermaksud " Aku disisi hambaKU ialah aku mengikut sangkaannya terhadapKU..dan ALLAH tidak menyalahi sangkaan hamba terhadapnya.. 2. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat kelak.. 3. Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau..selagi mana nyawanya belum sampai ke g
BISMILLAH Assalamu'alaikum Selamat malam semua. Post ni sesuai untuk para wanita di luar sana baca, tapi anda semua diharap jangan tak cukup nafas atau terkejut yang amat sangat lepas baca artikel ni. Kita ambil pengajaran dan seterusnya bertindak demi menyelamatkan kaum Adam di luar sana. Jangan biarkan diri kita jadi bahan bekalan dosa mereka iaitu kaum Adam. Tak lupa juga saham dosa bapa, suami, abang, dan anak lelaki kita di akhirat kelak. Seperti dalam post ini sila klik di sini 4 Lelaki Yang Akan Ditarik Wanita Ke Neraka . Usaha jangan jadikan diri kita bahan fitnah di akhir zaman ini. Artikel ni dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net) . Ustaz bagi share artikel ni untuk kebaikan bersama, InsyaAllah. Syukran Ustaz. Moga Allah swt sentiasa datangkan kita dengan hidayah-Nya. Aamiin Ya Rabbal'alamin... ____________________________________________ Bahaya Nafsu lelaki ( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepad
Siapalah yang taknak stay kat perumahan jenis mewah macam kondominium betul tak? Aku percaya tentu ramai kat luar sana teringin nak tinggal kat kondo. Macam² kemudahan tersedia. Swimming pool, ada gym, ada playground, ada tempat bersukan khas. Korang mesti tertanya² macam mana environment bila tinggal kat kondo ni. Best ke tak? Apa kurang lebihnya. Sebelum tu kalau korang jenis suka tengok video boleh layan video kami ya. Aku buat versi video dulu sebenarnya untuk tajuk ni. Ni aku kongsikan kat blog khas buat korg yang lebih suka membaca dari tengok video. Bukan apa video pon kemain panjang 22 minit hahaha! KELEBIHAN TINGGAL DI KONDOMINIUM SISTEM KAWALAN DAN KESELAMATAN YANG BAGUS Setiap kondominium memang akan ada pondok pengawal, guard house omputih habaq. Segala kereta atau individu yang masuk semua kena main scan², setiap penghuni umah akan ada kad akses. Kad akses ada dua jenis, satu khas untuk kenderaaan, satu kad akses untuk individu. Kad akses kenderaan scan bila masuk dan k
Moga kita semua sentiasa di bawah naungan kasih sayang الله سبحان وتعالى Aamiin. Alhamdulillah kerana masih lagi berkesempatan menuntut ilmu, tambahan pula suasana persekitaran di negara tercinta sangat selesa. Sama-samalah kita semua sebagai pelajar bersyukur dengan nikmat kurniaan الله سبحان وتعالى, bukan pelajar je eh semua sekali tau. Hihi. Sebagai seorang pelajar yang menuntut di IPT kita semua tidak dapat lari dari memerlukan bantuan pinjaman pendidikan yang kerajaan sediakan. Tidak kisahlah di mana kita menuntut ilmu sama ada di IPTA mahupun IPTS. Tak pun macam aku sendiri yang belajar di Kolej IKIP tapi kerjasama Universiti Teknologi Malaysia. Ni orang panggil separuh kerajaan separuh swasta. Se mua memang perlukanlah pinjaman. Nak harap guna duit sendiri memang tidak akan tercapai oleh diriku la. MARA, PTPTN, atau YAYASAN-YAYASAN NEGERI, semua ni antara pinjaman yang sedia ada. Kalau MARA memang agak susah nak dapat, siapa yang keputusan SPM nya ok mesti boleh dapa
Gambar Hiasan As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga. Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71) Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin. Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Se
"Bukan senang nak senang.." Betul sangat tu. Hihihi. Ringkaskan kisah pasal kereta ni, setelah macam² ujian bab kereta ni akhirnya dapat beli Myvi yang comel pada tahun 2018 yang lalu. Dulu awal² kahwin, tahun 2015 sempat pakai Honda Accord CA5 tak sampai setahun rosak. Dalam bulan Oktober 2015 suami beli pula Ford Laser, sempat pakai lebih setahun. Kalau nak cerita pasal kereta second hand third hand ni memang panjang jadinya nanti. Belum lagi kisah cemas hampir kehilangan duit 1k adehhh mujur dapat balik. So kita teruslah kongsi cara macam mana kita yang bekerja sendiri ni nak beli kereta original tanpa penjamin. Tujuan tak mahu ada penjamin sebab taknak susahkan sesiapa. Selagi kita boleh usaha, usaha semampu boleh. Tapi kita semua kena tahu, kalau nak beli kereta original tanpa penjamin memang tak akan dapat 0 down payment macam ramai orang dapat buat tu. Hat 0 down payment ni bayarannya biasa 9 tahun tempoh. Sesuai untuk sesiapa yang ada slip gaji, ada
Kebiasaannya sukan tarik tali memang sinonim dengan individu yang berbadan besar. Sukan ini biasanya kita nampak berlangsung ketika upacara sukan tahunan di sekolah. Sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia melibatkan dua kumpulan yang mempunyai beberapa ahli bagi setiap kumpulan. Mengimbau pengalaman sebagai salah seorang pelajar yang aktif dalam sukan seperti tarik tali ni, dah semestinya membuat diri seorang wahidah tersenyum. Mula masuk sukan tarik tali ni bila cikgu nampak badan ni jenis sado, bambam gitu dari zaman sekolah rendah. Macam mana nak elak? Nampak sangat masa zaman aku sekolah dulu tak ramai budak comel-comel wakaka. Ikutkan aku bukanlah terlalu bambam. Tapi mungkin saiz badan macam aku dah cukup kriteria untuk masuk sukan tarik tali yang mencabar ni. Bila dah masuk sertai sukan ni rasa satu macam keseronokan. Feeling macam ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara heee Maka setiap tahun aku akan offer diri aku sendiri. Dengan penuh keyakina
Ngah mengemas terjumpa kad-kad lama. Ni masa zaman tingkatan menengah rendah. Form 1 until form 3 LOL. Membantu juga kad ni sebab ada tercatit no phone rumah sahabat lama aku Siti Nur Yasmin. Syukur alhamdulillah :)) Cerita zaman remaja. Really miss zaman ni... وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111
Hazimah & Haziqah depa p Sabah bercuti ngan family. Seronok noh :) Dah masuk ni dua kali dorg bagi souvenir. Sebelum ni dari Penang tak silap aku. Lama dah, masa zaman sekolah kot. Kali ni dari Sabah huhu وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111
Tiap kali balik Shah Alam mesti singgah RNR Tapah Perak. Kalau balik menuju Penang pun mesti singgah punya. Suami kita la paling suka huhu. Meriah katanya. Kita layan jela hihu. Bininya ni lagi suka. Boleh beli kacang kuda kesukaan hati. Makan panas² perghhh sedap sungguh. Suami suka singgah makan nasi lauk kat kedai² sini. Hentian Tapah ni pun elok ja suasananya. Tandas pun bersih, tak berbau pun. Surau yang luas. Kedai pun banyak pilihan. Berderet kedai buah, kedai makan, kedai minum, kedai makanan fast food tinggal pilih sahaja. Tandas pun berderet kooo hahahaha. Terima kasih pihak Hentian RnR Tapah Perak kerana menyediakan tempat rehat yang selesa buat rakyat Malaysia. Jadi tak rugi la bayar tol ye, antara fungsi bayar tol kahkah. So korang pakailah apa yang tersedia ni dengan sebaiknya. Tempoyak Patin Kacang Kuda وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111
Comments
Post a Comment
Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹