DO'A RINGKAS SELEPAS SOLAT





Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

#cnp

Kredit • Penulis

Comments

P O P U L A R

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

Only RM225k‼️🏖️👏🏻 Port Dickson Negeri Sembilan New Landed House

Land For Sale Hot Location & Freehold Rezab Melayu Lokasi Peserai Batu Pahat Johor 🌱🏠

Free Booking 👏🏻 New House Seksyen 30 Shah Alam Selangor 🏡

Only RM250k 🔥 Rumah SelangorKu 3-Storey TownHouse Sungai Buloh Selangor 😉

For Sale New Mont Kiara KL Luxury & Amazing Serviced Apartment 🤩🌆🏊

For Sale Hot Unit & Strategic Single Storey Terrace House Taman Seri Bakri 2 Muar Johor

Nilai Negeri Sembilan New Modern & Exclusive Condominium Book Only RM300 🏙️👏🏻

Paka Terengganu New House Affordable & Fully Furnished Book Only RM100 👏🏻

For Sale Beautiful Luxury Banglow Country Residency @ Bandar Seri Alam Masai Johor