BANGUNLAH WAHAI ANAK ADAM TUNAIKAN SOLAT SUBUH MU

DIALOG ANTARA MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN

Manusia : Eh, dah subuh dah?
Malaikat : bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan : Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. awal lagi ni?
Manusia : Nak makan, laparlah ??
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah
Syaitan : Ahh, tak payahla. dah lapar ini !! mmm. sedap !
Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat
Syaitan : Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia : Alamak, dah lewat!
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat
Syaitan : Ahhh? awal lagi? mmm aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia : Azan sudah kedengaran
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa. rilex lah. awal lagi ni?
Manusia : Eh, eh. tak boleh tengok ini, berdosa
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan : Perggghh. best tu. rugi ooo kalau tak tengok nie
Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?
Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-......menasihatil ah sesama kamu
Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2. pandai2lah?
Manusia : aku telah berdosa
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,........sesungguhnya Allah Maha Pengampun
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. lagipun muda hanya sekali. rugila
Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,........berpalinglah dari jalan itu
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu. Jomlahhh?
Manusia : Uuhhh?letihnya arini. tak solat lagi nieee?
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,......kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku,......kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu




#cnp

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

Apakah Titian Sirat ?

NAME CARD VERSI ZAMAN SEKOLAH 👭

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

SOUVENIR FROM SABAH BAH

BANJIR DI PULAU PINANG TAHUN 2017

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA