Posts

Showing posts from 2021

Jumpa Yen Di Pasaraya Giant

Image
  2016 Kami suami isteri kerap pergi Pasaraya Giant lepas habis meniaga. Nak kena tukar duit syiling kat mesin tingkat atas tu. Dah jadi rutin hampir setiap hari kalau tak ada stok duit syiling Satu malam ni, kami turun dari kereta ada ternampak sekor kucing kecil warna oren. Masa ni hujan turun rintik-rintik. Aku habaq kat Hafiz, abang kalau kita balik nanti meow ni masih ada kat sini kita amik bawa balik ye. Hafiz setuju ja apa aku cakap. Yela kesiankan hujan-hujan. Dah la kecik lagi, comey weh. Bulu lebat, cuma agak berdebu ekekke. Mata pun comot, kesian. Tak tahulah orang buang atau sesat ke.  Tengok-tengok balik masih ada lagi. Mula-mula tak nampak, ingat dah gerak ke mana-mana. Tengok betul-betul rupa-rupanya ada lagi. Terselindung sebab kecik sangat. Kami bawa la Yen balik ke bawah pokok. Heee. Nama kami bagi Yen bukan sebab warnanya oren, tapi sebab jumpa kat Giant, ant jadi yen heeee Ce tengok gambar di bawah, ni masa Yen dah lebih setahun, gambar kenangan awal jumpa ...

BANJIR DI PULAU PINANG TAHUN 2017

Image
Sepanjang aku stay Penang, ni la pertama kali nampak depan mata Bayan Baru dilanda banjir teruk.  Masa ni cuti niaga, hari Jumaat. Santai-santai dalam rumah ja sebab hujan dari pagi. Sampai waktu malam hujan selebatnya turun non stop. Tu juga punca banjir, dengan keadaan penang ni longkang kerap tersumbat lagi. Terhasil la banjir besar. Masa ni agak kelam kabut sikit, sebab jiran habaq suh kalih keta p kat tempat lebih tinggi. Sekali suami aku laju-laju p kalih keta. Yang lucunya, berejam aku nunggu hafiz, tapi tak muncul-muncul. Maklumlah orang perempuan ni bukan boleh suaminya hilang lama-lama depan mata. Adik aku masa ni stay rumah aku dia cuti semester, nak pinjam tenaga dia untuk cover aku. Adik ipar nak bertunang, minta aku uruskan hal hantaran. Tu aku standby la minta adik aku mai penang. Ada hikmah la adik aku, Witri teman aku. So kalau kakak dia nak potpet adalah yang sudi dengar ekekekeke. Hairan sungguh aih suami aku ni. Dah la hujan lebat, aiq makin naik, makin keruh Ma...

PADANG KOTA LAMA GEORGETOWN PULAU PINANG 2017

Image
Sesiapa yang melawat Penang, jangan lupa singgah Padang Kota tau. Selain adanya bangunan bersejarah, Padang Kota juga terkenal dengan lokasi port makanan yang sedap.  Antaranya pasembor. Minta maaf ni ja yang aku ingat ekekekeke. Pernah pergi sekali ja astaka (medan selera) tu, long time ago u 2015. Zaman awal kahwin dolu. Mak ai dah lama ek aku kahwin. Tempat bersejarah yang Fort Cornwallis tu pun tak berkesempatan jejak lagi. Tapi memang kebanyakan pelancong akan pergi sinun. Sangat menarik dan unik.  Hat yang Fort Cornwallis ni memang kena singgah siang hari, malam katup. Tak nampak ui kalau malam hee. Kalau korang nak santai ambil angin laut, boleh la datang malam hari. Lepastu lepak tepi tembok, memang ramai la umat manusia dok situ. Biasanya malam hari terutamanya hujung minggu. Situ malamnya ada food truck jual makanan ringan, paling aku suka kacang kuda, cuma agak manishh. Kita tekak jawa, suka masin heee Kami selalu parking tepi padang. Kat padang kalau sekarang dah a...

RESIPI KERABU MANGGA POWER

Image
Tak tahu nak bagi kat sapa buah mangga yang banyak kat pokok rumah anda? 😃 Beri saja pada saya, pencinta mangga masam. Boleh buat cicah kuah rojak, buat kerabu mangga, cicah garam sekali kicap. K telan air liur Resipi Kerabu Mangga Power 🔥 Bahan² √ Mangga Masam (Sagat) √ Limau Kasturi √ Bawang Merah (Jika Suka) Bahan Tumbuk √ Ikan Bilis √ Cili Padi √ Belacan Dibakar *Banyak mana korg adjust sendiri ikut tekak/kuantiti mangga Dah siap sagat mangga, potong hiris bawang merah dan bahan tumbuk, boleh masukkan dalam bekas yang sesuai untuk dihidang. Gaul rata semuanya. Perah air limau kasturi. Maaf tak pandai nak gtau bab sukatan ni. Kena adjust sendiri ikut awok² ye. Gaul balik bagi sebati air perahan tu. Siap! Sesuai la buat cicah ulam², atau makan macam tu ja dengan nasi lauk. Lauk yang sesuai biasanya asam pedas, masak lemak, lain² lauk pun sesuai ikut tekak kita 👄 Yummy! Pinjam gambar adik Makan dengan nasi memang padu Gambar • tokopedia وحيده MAHU JUAL / BELI HARTANAH...

AKHIRNYA BERTEMU DUNIA HARTANAH

Image
Alhamdulillah baru-baru ni buat keputusan masuk dalam bidang hartanah. Teringat tahun 2013 dulu pernah temuduga, dapat kerja tapi tak teruskan hanya sebab takut memandu kereta waja bapaku. Mana taknya dua kali gesel dengan kereta orang masa kat kuaters wakakaka.  Sepanjang tempoh dah berkahwin ni tak terfikir pun nak join hartanah sebab sibuk tolong Muhamad Hafiz di kedai. Fokus majukan kehidupan suami tercinta, alhamdulillah apa yang diimpikan dah tercapai. Sampailah jadi covid ni serta merta aku berhenti tolong suami. Terus berbisnes online, mencari dan mencari bisnes apa yang membantu. Sesekali perhati juga sahabat-sahabat yang masuk dalam bidang hartanah ni. Ada yang dah bertahun, ada yang baru ja join. Memang ada keinginan. Sampai satu tahap rasa macam tertampar, sebab sales meniaga online ni memanjang takde perubahan. Plus aku fikir macam mana caranya aku nak kerap jumpa Mak Abah bila depa dah berpindah kat Batu Pahat nanti. How? Dari sini la aku tekad join hartanah ekekeke S...

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

Image
Kebiasaannya sukan tarik tali memang sinonim dengan individu yang berbadan besar. Sukan ini biasanya kita nampak berlangsung ketika upacara sukan tahunan di sekolah. Sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia melibatkan dua kumpulan yang mempunyai beberapa ahli bagi setiap kumpulan. Mengimbau pengalaman sebagai salah seorang pelajar yang aktif dalam sukan seperti tarik tali ni, dah semestinya membuat diri seorang wahidah tersenyum. Mula masuk sukan tarik tali ni bila cikgu nampak badan ni jenis sado, bambam gitu dari zaman sekolah rendah. Macam mana nak elak?  Nampak sangat masa zaman aku sekolah dulu tak ramai budak comel-comel wakaka. Ikutkan aku bukanlah terlalu bambam.  Tapi mungkin saiz badan macam aku dah cukup kriteria untuk masuk sukan tarik tali yang mencabar ni.  Bila dah masuk sertai sukan ni rasa satu macam keseronokan. Feeling macam ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara heee Maka setiap tahun aku akan offer diri aku sendiri. Dengan ...

MACAM MANA BOLEH JADI RABUN JAUH?

Image
Antara punca macam mana mata aku jadi rabun jauh • Suka tengok tv dekat-dekat masa zaman kanak-kanak (satu kepuasan terutama masa tengok cerita kartun favourite dan maybe sebab tv dolu-dolu jenis kecik so dekat lebih puas) Abah banyak kali marah, tapi wahidah seorang yang degil emmm • Suka baca buku pandang buku tu dekat-dekat hahaha. Ni aku syak je antara puncanya. Paling suka baca buku cerita dan buku agama. Abah letak buku agama banyak-banyak dalam almari, menarik hati sangat. Nampak wahidah macam ala-ala ustazah tu hasil dari terjebak baca buku agama sejak sekolah rendah ngeee Aku rabun ni pun dapat detect masa tingkatan 4. Jadi semakin teruk sebab liat taknak pakai spek. Konon nanti tudung tak cantik. Poyo betul! Siap dah buat spek pertama dah. Buat masa hantar kakak aku balik UTP. Ada satu kedai buat spek murah sangat kat Tronoh sana. Form 5 standby duduk meja paling depan, taknak pakai spek punya pasal. Buruk beno perangai! Kakak aku pun rabun juga, so dalam adik beradik kami be...